Thursday 8 September 2011

Aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah



Seronok bersama teman-teman
Pertandingan Mewarna Poster Tahun 2

Hasil Karya Murid

Muri-murid sedang mewarna poster anti dadah

Mewarna Poster anti dadah

Hasil karya murid tahap 2
Sudah siapnya hasil

Kerja berkumpulan

LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
2011

NAMA PROGRAM                   : MINGGU ANTI DADAH
SASARAN                                 : SEMUA MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2
TARIKH                                    : 27 JUN HINGGAI 1 JULAI 2011
ANJURAN                                 : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah bebas daripada rokok dan ancaman dadah. Sasaran utama penagihan dadah adalah terdiri daripada generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan. Justeru, program yang diadakan ini adalah untuk menyemai perasaan Benci Rokok dan Dadah di kalangan warga sekolah. Objektif kepada program ini ialah untuk meningkatkan paras kesedaran dan pengetahuan murid-murid tentang rokok dan dadah, menyedarkan warga sekolah tentang ancaman dadah yang semakin berleluasa dan juga melatih warga sekolah menyatakan “TIDAK” kepada rokok dan dadah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu Program iaitu Minggu Anti Dadah. Intipati kepada program ini ialah murid tahap 1 terlibat dengan aktiviti mewarna poster anti dadah manakala murid tahap 2 pula terlibat dengan aktiviti melukis  poster anti dadah. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang mana program ini merupakan salah satu senarai yang berada di bawah program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Program ini telah diadakan pada 27 Jun hingga 1 Julai 2011. Program ini melibatkan semua murid SK Bukit Naga iaitu semua murid tahap satu dan tahap dua. Setiap kelas yang terlibat akan dipilih dua orang pemenang sahaja. Aktiviti ini telah diadakan pada setiap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sepanjang minggu tersebut.

Secara keseluruhanya program ini telah diadakan dengan jayannya. Hadiah-hadiah telah diberikan kepada setiap pemenang sebagai menghargai usaha mereka. Dengan adanya program ini adalah menjadi harapan kami agar warga sekolah sedar tentang ancaman dadah yang semakin berleluasa dan juga kami juga mengharapkan semua murid sedar akan bahaya dadah, rokok dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment