Friday 12 August 2011

VISI DAN MISI PPDa SK Bukit Naga

VISI

Sekolah Bebas Rokok dan Dadah 
pada Tahun 2012

MISI 

Melahirkan Warga Sekolah 
Bebas Rokok dan Dadah melalui
Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap
dan berkesan dan merealisasikan 
SEKOLAH BEBAS DARI ROKOK DAN DADAH 





Thursday 11 August 2011

KENALI DADAH

KENALI DADAH

Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.