Saturday 7 May 2011

Permulaan PPDa SKBN

Dengan kerjasama guru-guru SK Bukit Naga, disamping sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Guru Besar SKBN Pn Hjh Umi Kalsom bt Kusni, maka wujudlah satu Lorong atau Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah SKBN.

Sudut ini telah mendapat sentuhan daripada semua guru sekolah ini, terutamanya Pn. Ramlah, Pn. Fahanah, dan Pn. Manisah. Disamping itu, sudut ini juga turut mendapat sentuhan daripada JK PPDa iaitu En. Mohd Nassir, En. Adrizal, En Ahmad Borhan, Pn Suria dan Pn. Ruziah yang tidak jemu-jemu membantu kami.

Proses mewujudkan sudut ini dimulai dengan proses mengecat kembali sudut tersebut dengan warna-warna yang dipilih.Selepas itu, kami mula melukis mural didinding berkaitan dengan Dadah, Rokok, Arak, dan sebagainya. Poster-poster dan banner juga turut digantung di sudut-sudut terpilih. Selain itu, kami juga berjaya menghasilkan satu penjara kecil di bawah tangga yang mana ia menggambarkan kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang terlibat dengan najis dadah.

                                                             Alatan dan bahan-bahan



                                                 

Salah Satu Mural yang ada


                                                Merealisasikan Generasi Bebas Dadah

                                             
                                                Fakta Berkaitan Dadah