Saturday 10 September 2011

Bilik dan Sudut PPDa SKBN



Salah satu sudut PPDa

Proses menyiapkam mural PPDa
Sayangi diri anda
Visi dan Misi PPDa

Rokok Gergasi
Info rokok

Papan kenyataan berkaitan Info rokok

Bilik Sumber PPDa SKBN
Murid-murid turut bekerjasam menyiapkan  mural

Hasil kerjasama JK PPDa menyiapkan mural PPDa


Sudut PPDa di tangga 
Dadah Pemusnah Negara

Hasil kerja kami

Sudut bawah tangga

Penjara bawah tangga

Kami Benci Dadah

Sebelum naik ke Bilik Sumber PPDa

Lorong PPDa

Info Dadah untuk warga sekolah

Pelancaran Program Nafas Segar 2011

Ucapan Persmian oleh Pn Hjh Umi Kalsom
Upacara Simbolik Menyalakan  asap rokok
Asap rokok gergasi telah dinyalakan untuk dipadamkan
Bunting Kempen Nafas Segar
Murid-murid berkumpul seawal pagi
Barisan Pentadbir SKBN bersama Jawatankuasa Program
Murid-murid tekun mendengar amanah guru

Di sini ada diselitkan gambar semasa Majlis Pelancaran ini:)

Thursday 8 September 2011

Jawatankuasa Induk Unit Pendidikan Pencegahan Dadah 2011

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM PPDa

PENAUNG                 :           En Azli Kamil bin Napiah
                                                (YDP PIBG SK Bukit Naga)

PENASIHAT               :           Pn Hjh Umi Kalsom bt Kusni P.P.T
                                                (Guru Besar SK Bukit Naga)

PENGERUSI                :           Pn Hjh Rakimi bt Hashim
                                                (GPK Hal Ehwal Murid SK Bukit Naga)

NAIB PENGERUSI     :           Pn Nor’Inee bt Khairon
                                                (GPK Kurikulum SK Bukit Naga)
                                               
                                                En Yahya bin Selamat
                                                (GPK Ko-Kurikulum SK Bukit Naga)

                                                Pn Hjh Rosmah bt Abdul Manaf
                                                (GPK Petang SK Bukit Naga)

PENYELARAS            :           Pn Fahanah bt Muhmmad

SETIAUSAHA             :           Pn Ramlah bt Sulaiman

BENDAHARI              :           Pn Manisah bt Mokhtar


Gambar Bilik dan Sudut PPDa

Awal Penubuhan Bilik Sumber PPDa
Memilih Poster untuk digantungkan

Sudut Anti Dadah

Ruangan tangga turut dihiasi dengan Banner anti dadah

Sekolah Sifar Dadah 2012

Sudut di Bilik Sumber Dadah
Selamat datang ke Bilik Sumber Dadah SK Bukit Naga

JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH


Dadah Dan Ciri-cirinya
"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1.      mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
2.      digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
3.      diperlehi secara haram;
4.      membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
5.      mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jeni-jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
b)Kanabis - ganja, hashish;
c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.
Dadah Perangsang
-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok
-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.
-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu.
-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan.
-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.
-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.
-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami
-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum
-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum
-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal
-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.
Dadah Penekan
- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang
-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul
-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan
-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret
-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling
-contoh:
- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk
- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut
- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas
- contoh lain: candu/morfin/heroin
narkotik/kodein(ubat batuk)<--sederhana
Dadah halusinogen
contoh dadah
:LSD,PCP, dadah rekaan
akibat:
-persepsi si pengguna akan berubah
-tidak akan berpijak ke alam nyata
-contohnya: merasakan diri seolah olah boleh terbang atau dapatberjumpa dengan tuhan
-juga berlaku tingkahlaku luar jangkaan
-emosi terganggu dan kerap dihantui pengalaman buruk
-dadah ini bertindak secara terus untuk menghasilkan halusinasi.
-cth: arak : mabuk , cenderung untuk tidur, pergerakan terhoyong hayang
-cth rokok tembakau: boleh menekan fungsi otak kerana kesan awalan adalahuntuk merangsang otak ,oleh itu tidak dirasakan dengan serius oleh pengguna.
Ancaman `ECSTASY' dan Dadah Rekaan
Dr Rahmat Awang
Baru-baru ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja direka khas untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu. Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug. Pada masa ini, dua kelas utama dadah designer telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung oleh kita. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah
sering menjadikan drug tersebut lebih merbahaya. Ruangan ini menekankan tentang kumpulan feniletilamin.
Kesan Penggunaan Feniletilamina
Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang
digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasi. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal). Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Kesan jangka panjang feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.
Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut:
ICE
ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah di antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan METH. Metamfetamina
hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang rangsangan jantung berbanding amfetamina. Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia (rasa ketakutan), rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.
LOVE DRUG
LOVE DRUG iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967 dan boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut.
ECSTACY
Dadah ini adalah dari kumpulanfeniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4-metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan
pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECSTASY, XTC, dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia. Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual. Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, berpeluh seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi. Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstacy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi. (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan, terlalu banyak berpeluh sehingga menjadi kering. Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - dicirikan dengan pening kepala, keletihan, pengsan, gelugut dan muntah-muntah. Sekiranya suhu badan meningkat kepada 40(C darah mula membeku di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain. Kesudahan ia boleh menyebabkan maut. Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja. Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi 'kembang' dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul. Secara jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel didalamnya serta juga mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak. Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberi beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.
1.      Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah.
Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikuti individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:-
    1. jenis dadah
      • perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samaada ia merosotkan (contohnya,heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan merangsangkan (contohnya, ganja).
    2. jumlah digunakan
      • kesan dari dos kecil adalah berbeza dari kesan dos besar, contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.
    3. cara penggunaan
      • kesan dadah bergantung kepada cara (sama ada ditelan, suntik, hidu, hisap, atau diguna bersama dadah lain), jangkamasa dan kekerapan mengguna.
    4. keadaan individu
      • kesan adalah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah, ‘mod’ dan aktiviti penagih.
    5. situasi ketika mengguna
      • keadaaan/tempat mengguna dadah dan samada ada, atau tiada orang lain hadir bersama.
Jenis-jenis Dadah Yang Popular Pada Masa Kini
1.      Morfin
Dikenali juga sebagai "M", "White Stuff", "White Powder", "Monkey", "Dreamer", "Morpho", "Tab", "Morb", "Cubes", "Emsel" dan "Melter". Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
2. Ganja
Ianya dikenali sebagai "Kanabis Herba", "Marijuana/Grass", "Pot/Weed", "Bhang", "Kif", "Takrouri" dan "Dagga". Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
    1. Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca_dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

Aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah



Seronok bersama teman-teman
Pertandingan Mewarna Poster Tahun 2

Hasil Karya Murid

Muri-murid sedang mewarna poster anti dadah

Mewarna Poster anti dadah

Hasil karya murid tahap 2
Sudah siapnya hasil

Kerja berkumpulan

LAPORAN PROGRAM MINGGU ANTI DADAH
2011

NAMA PROGRAM                   : MINGGU ANTI DADAH
SASARAN                                 : SEMUA MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2
TARIKH                                    : 27 JUN HINGGAI 1 JULAI 2011
ANJURAN                                 : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk mewujudkan sekolah bebas daripada rokok dan ancaman dadah. Sasaran utama penagihan dadah adalah terdiri daripada generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan. Justeru, program yang diadakan ini adalah untuk menyemai perasaan Benci Rokok dan Dadah di kalangan warga sekolah. Objektif kepada program ini ialah untuk meningkatkan paras kesedaran dan pengetahuan murid-murid tentang rokok dan dadah, menyedarkan warga sekolah tentang ancaman dadah yang semakin berleluasa dan juga melatih warga sekolah menyatakan “TIDAK” kepada rokok dan dadah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu Program iaitu Minggu Anti Dadah. Intipati kepada program ini ialah murid tahap 1 terlibat dengan aktiviti mewarna poster anti dadah manakala murid tahap 2 pula terlibat dengan aktiviti melukis  poster anti dadah. Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang mana program ini merupakan salah satu senarai yang berada di bawah program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
Program ini telah diadakan pada 27 Jun hingga 1 Julai 2011. Program ini melibatkan semua murid SK Bukit Naga iaitu semua murid tahap satu dan tahap dua. Setiap kelas yang terlibat akan dipilih dua orang pemenang sahaja. Aktiviti ini telah diadakan pada setiap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sepanjang minggu tersebut.

Secara keseluruhanya program ini telah diadakan dengan jayannya. Hadiah-hadiah telah diberikan kepada setiap pemenang sebagai menghargai usaha mereka. Dengan adanya program ini adalah menjadi harapan kami agar warga sekolah sedar tentang ancaman dadah yang semakin berleluasa dan juga kami juga mengharapkan semua murid sedar akan bahaya dadah, rokok dan sebagainya.

Pelancaran Program Nafas Segar 2011

Nama Program : Pelancaran Program Nafas Segar
Tarikh              : 2 Ogos 2011
Hari                 : Selasa
Tempat            : Dataran Perhimpunan SKBN
Perasmi           : Pn Hjh Umi Kalsom bt Kusni P.P.T

"Nafas Segar Bermula Ramadhan"

Semua Guru adalah dijemput bagi menjayakan program pelancaran ini

Friday 12 August 2011

VISI DAN MISI PPDa SK Bukit Naga

VISI

Sekolah Bebas Rokok dan Dadah 
pada Tahun 2012

MISI 

Melahirkan Warga Sekolah 
Bebas Rokok dan Dadah melalui
Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap
dan berkesan dan merealisasikan 
SEKOLAH BEBAS DARI ROKOK DAN DADAH 





Thursday 11 August 2011

KENALI DADAH

KENALI DADAH

Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Saturday 7 May 2011

Permulaan PPDa SKBN

Dengan kerjasama guru-guru SK Bukit Naga, disamping sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Guru Besar SKBN Pn Hjh Umi Kalsom bt Kusni, maka wujudlah satu Lorong atau Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah SKBN.

Sudut ini telah mendapat sentuhan daripada semua guru sekolah ini, terutamanya Pn. Ramlah, Pn. Fahanah, dan Pn. Manisah. Disamping itu, sudut ini juga turut mendapat sentuhan daripada JK PPDa iaitu En. Mohd Nassir, En. Adrizal, En Ahmad Borhan, Pn Suria dan Pn. Ruziah yang tidak jemu-jemu membantu kami.

Proses mewujudkan sudut ini dimulai dengan proses mengecat kembali sudut tersebut dengan warna-warna yang dipilih.Selepas itu, kami mula melukis mural didinding berkaitan dengan Dadah, Rokok, Arak, dan sebagainya. Poster-poster dan banner juga turut digantung di sudut-sudut terpilih. Selain itu, kami juga berjaya menghasilkan satu penjara kecil di bawah tangga yang mana ia menggambarkan kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang terlibat dengan najis dadah.

                                                             Alatan dan bahan-bahan



                                                 

Salah Satu Mural yang ada


                                                Merealisasikan Generasi Bebas Dadah

                                             
                                                Fakta Berkaitan Dadah