Sudut ini telah mendapat sentuhan daripada semua guru sekolah ini, terutamanya Pn. Ramlah, Pn. Fahanah, dan Pn. Manisah. Disamping itu, sudut ini juga turut mendapat sentuhan daripada JK PPDa iaitu En. Mohd Nassir, En. Adrizal, En Ahmad Borhan, Pn Suria dan Pn. Ruziah yang tidak jemu-jemu membantu kami.
Proses mewujudkan sudut ini dimulai dengan proses mengecat kembali sudut tersebut dengan warna-warna yang dipilih.Selepas itu, kami mula melukis mural didinding berkaitan dengan Dadah, Rokok, Arak, dan sebagainya. Poster-poster dan banner juga turut digantung di sudut-sudut terpilih. Selain itu, kami juga berjaya menghasilkan satu penjara kecil di bawah tangga yang mana ia menggambarkan kepada hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang terlibat dengan najis dadah.
Alatan dan bahan-bahan
Salah Satu Mural yang ada |
Merealisasikan Generasi Bebas Dadah
Fakta Berkaitan Dadah